7 Jun 2012

Contoh Karangan : Isu Kesihatan



Keburukan Makanan Segera

Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda. Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger, kentang goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan segera. 
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya. 



Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup. Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan perubahan gaya hidup. 
Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan makanan segera. 


Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng, pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur. Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh seseorang. 

       Kesimpulannya, terdapat  banyak keburukan makan makanan segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan. Hal ini selaras dengan slogan kerajaan, r
akyat sihat negara maju.

1 ulasan: