15 Jun 2012


Latihan KBBR 8

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah memupuk kasih sayang terhadap warga tua. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Latihan KBBR 7

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kebaikan Citra Rasa Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Latihan KBBR 6



Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Latihan KBBR 5



Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna bijak. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.





Latihan KBBR 4

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang jenis-jenis makanan seimbang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan


Latihan KBBR 3



Berdasarkan iklan di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mencegah penyakit INFLUENZA A (H1N1). Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



Latihan KBBR 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak  boleh melebihi 120 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN


14 Jun 2012

Latihan Karangan 9


Soalan 9

Andaikan bahawa anda seorang pegawai kesihatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah. Anda telah diminta untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah tentang ”Otak yang Cerdas Berpunca daripada Badan yang Sihat”.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.

Format
Ceramah

Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – ucapan terima kasih atas jemputan – menyatakan tajuk ceramah.

Isi-isi
- mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- pengambilan sumber protein untuk tumbesaran tubuh badan dan kecerdasan
- melakukan aktiviti riadah tiga kali seminggu untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan
- melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial agar hidup ceria dan berfikiran positif
- badan yang sihat membawa hidup cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan

Penutup
Semoga murid berjaya dalam pelajaran dan ucapan terima kasih.

Latihan Karangan 8


Soalan 8

Anda merupakan pencadang pertama dalam pertandingan perbahasan peringkat negeri. Tajuk perbahasan tersebut ialah “Kehadiran Pekerja Asing Menimbulkan Masalah Sosial dalam Masyarakat Kita”.


Format
Perbahasan

Pendahuluan
Mengucapkan kata alu-aluan kepada para hadirin – menyatakan tajuk dan menjelaskan pendirian.

Isi-isi
- banyak kes pecah rumah dan rompakan dilakukan oleh warga Indonesia
- warga asing tidak menghormati budaya penduduk tempatan dan berkelakuan tidak senonoh
- kes kahwin lari antara gadis tempatan dengan warganegara Indonesia atau Bangladesh – berlaku perpecahan
  keluarga
- kewujudan rumah setinggan atau perkampungan warga asing
- jenayah rogol dan ragut oleh warga asing yang kian meningkat
- masalah penyakit berbahaya seperti batuk kering dan HIV positif

Penutup
Menegaskan tajuk perbahasan sekali lagi – ucapan terima kasih

Latihan Karangan 7


Soalan 7

Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara kita meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat. Bincangkan.


Pendahuluan
Pusat beli-belah merupakan penempatan kedai secara berkelompok – menjual pelbagai keperluan harian para pengguna

Isi-isi
- menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil – mengalami kerugian akibat persaingan
- para pembeli lebih gemar berbelanja di pasar raya yang menyediakan pelbagai pilihan barangan
- pengguna terpaksa berbelanja lebih – barangan yang dijual lebih mahal daripada di kedai biasa
- menggalakkan para pengguna berbelanja boros – membeli barangan yang tidak penting kerana ada tawaran murah
- menjadi tempat remaja melepak dan ponteng sekolah – gejala sosial berleluasa
- sering berlaku kes ragut dan seluk saku – membimbangkan para pengguna kerana kurang kawalan keselamatan

Penutup
Pertumbuhan pesat pusat beli-belah di negara ini perlu dikawal

Latihan Karangan 6


Soalan 6
Aktiviti kokurikulum di sekolah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah murid. Bincangkan.

Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Rangka Karangan

Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan
Semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, dan jasmani

Isi-isi
- menonjolkan kebolehan dan bakat seseorang murid melalui aktiviti yang dijalankan
- melatih murid berdisiplin – mematuhi peraturan dan perlembagaan pasukan, persatuan, atau kelab
- mentaati perintah ketua dan sanggup menerima arahan
- mewujudkan semangat kerjasama - melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan
- menanam sikap saling menghormati antara satu sama lain
- menonjolkan bakat kepimpinan dan membentuk keyakinan dan keberanian – mengendalikan persatuan
Penutup
Aktiviti kokurikulum suatu aktiviti yang sihat dan banyak mendatangkan kebaikan.


Latihan Karangan 5


Soalan 5
Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah anjuran Persatuan Pengguna. Tajuk syarahan anda ialah “Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara”.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.


Format
Syarahan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, iaitu pengerusi majlis, para hakim, guru-guru, dan rakan-rakan.

Isi 1
Pengguna perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
Huraian:
- berhati-hati ketika berbelanja
- membuat persediaan sebelum membeli sesuatu barangan
- membeli barang yang perlu sahaja

Isi 2
Pengguna mesti mengetahui hak-hak sebagai pengguna
Huraian:
- untuk mengetahui kualiti barang
- untuk mengetahui tarikh luput sesuatu barang
- mendapatkan harga yang berpatutan

Isi 3
Mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan
Huraian:
- membaca label di luar bungkusan
- memilih barang yang baru
- menukar barang yang dibeli dengan barang yang baru jika terdapat kecacatan

Isi 4
Membuat aduan kepada pihak yang berkuasa
Huraian:
- kandungan bahan yang tidak bermutu
- harga yang tidak berpatutan
- barangan sudah luput tarikh

Penutup
Pengguna memainkan peranan dalam menentukan kesejahteraan negara – ucapan terima kasih.

Latihan Karangan 4


Soalan 4

Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Format
Ucapan

Pendahuluan
Ucapan alu-aluan kepada para hadirin – berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap.

Isi 1
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- tema Hari Guru “Guru berkualiti Pemangkin Kecemerlangan” amat bertepatan sekali
- guru sentiasa berusaha untuk memajukan diri mengikut arus kemajuan
- mengikuti pelbagai kursus dan melanjutkan pelajaran

Isi 2
Ucapan tahniah kepada para guru
Huraian:
- mendidik murid menjadi orang yang berilmu
- sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk kejayaan murid-murid
- umpama dian yang membakar diri

Isi 3
Memohon maaf daripada guru-guru
Huraian:
- atas kesilapan dan kelanjuran kata-kata
- tidak mendengar nasihat
- ingkar perintah dan peraturan

Isi 4
Mendoakan kesejahteraan dan kejayaan guru-guru
Huraian:
- terus tabah menjalankan tugas murni ini
- sihat tubuh badan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
- berkhidmat tanpa jemu dan bosan

Penutup
Semoga guru-guru diberkati Allah – ucapan terima kasih.

Latihan Karangan 3


Soalan 3

Pelbagai program dijalankan oleh kerajaan sebagai usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Antaranya memanggil jurulatih dari luar negara untuk melatih ahli sukan kita. Bersetujukah anda dengan langkah tersebut?
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan

Pengenalan
Pencapaian ahli sukan negara di peringkat antarabangsa amat menyedihkan – pihak pengurusan dan pentadbiran atlet negara dikatakan lemah – terlalu memberi layanan istimewa kepada ahli sukan.

Isi 1
Jurulatih luar terdedah dengan corak pertandingan di peringkat antarabangsa.
Huraian:
- jurulatih yang dipilih merupakan jurulatih yang handal dan berkaliber di negara masing-masing
- mereka bijak mengatur strategi permainan dalam pertandingan
- mereka dapat bertindak dalam apa-apa keadaan – contoh jurulatih badminton dari Indonesia, iaitu Rexy Minarki.

Isi 2
Mempunyai kemahiran latihan yang tinggi.
Huraian:
- menerima latihan yang mantap sebelum menjadi jurulatih
- pernah menjuarai sesuatu bidang sukan di peringkat antarabangsa
- melatih berdasarkan pengalaman yang dilalui

Isi 3
Bersikap lebih tegas dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Huraian:
- mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan tugas yang berat
- mereka bertindak tegas dalam latihan terhadap atlet
- latar belakang yang berbeza menyebabkan jurulatih luar lebih ditakuti dan dihormati

Isi 4
Mempunyai pengalaman dan idea yang banyak.
Huraian:
- terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sesuatu bidang
- kemajuan sukan di negara masing-masing diaplikasikan kepada ahli sukan di Malaysia
- mereka berasal dari negara yang telah maju dalam bidang sukan – contohnya Jerman, China, dan Korea


Penutup
Peranan jurulatih luar dalam meningkatkan mutu sukan negara memang tidak dinafikan – peranan mereka amat
Besar

Latihan Karangan 2


Soalan 2

Ibu bapa yang telah lanjut usia lebih baik tinggal di rumah orang-orang tua. Berikan pendapat anda tentang hal tersebut.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Pendahuluan
Meletakkan ibu bapa yang telah lanjut usia di rumah orang-orang tua sudah menjadi kebiasaan terutama masyarakat Cina.

Isi 1
Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di rumah orang-orang tua.
Huraian:
- kemudahan yang disediakan lebih baik daripada kemudahan di rumah sendiri.
- ada pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kehidupan.
- diberi perhatian oleh pihak sukarelawan dan badan bukan kerajaan terutama pada hari-hari perayaan.
Isi 2
Mendapat rawatan kesihatan secara percuma.
Huraian:
- orang-orang tua merupakan warga emas yang sentiasa diberi perhatian
- ada program rawatan kesihatan dari klinik dan hospital yang berdekatan
- jururawat dan doktor berkunjung ke situ secara bergilir-gilir

Isi 3
Aktiviti sihat untuk memenuhi masa lapang.
Huraian:
- aktiviti bercucuk tanam digalakkan kepada penghuni yang masih sihat dan bertenaga
- aktiviti ynag dilakukan merupakan riadah ringan untuk menggerakkan anggota badan
- hasil tanaman digunakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengah hari.

Isi 4
Rakan sebaya yang menghiburkan.
Huraian:
- banyak kawan untuk berbual dan dapat bertukar-tukar fikiran
- menghilangkan rasa murung kerana tidak dihiraukan oleh ahli keluarga
- dapat menghilangkan kesunyian dengan gelak ketawa kawan-kawan.

Penutup
Meletakkan ibu bapa yang sudah tua di rumah orang-orang tua suatu langkah yang baik – dapat menjamin keselamatan diri mereka daripada rompakan dan pembunuhan.

Latihan Karangan 1


KARANGAN PMR

Soalan 1
Lihat jadual di bawah. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan pucuk pemimpin negara kita.
Tulis karangan yang berikut berpandukan rangka karangan yang diberi. Panjang karangan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




Rangka Karangan Lengkap


Perdana Menteri Malaysia Pada Tahun
1957 hingga Kini
Nama Perdana Menteri Gelaran


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi




Bapa Kemerdekaan
Bapa Pembangunan
Bapa Perpaduan
Bapa Pemodenan
Bapa Kecemerlangan


Format
Karangan berdasarkan bahan rangsangan (jadual).
Pendahuluan
Nyatakan nama Perdana Menteri pertama hingga kini dan gelaran masing-masing.


Isi 1
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Huraian:
- Bapa Kemerdekaan – mengadakan rundingan kemerdekaan dengan pihak British di London
- mencapai kemerdekaan tanpa pertempuran darah pada tahun 1957
- mengadakan pilihan raya pertama pada tahun 1959 – Parti Perikatan
Isi 2
Tun Abdul Razak
Huraian:
- Bapa Pembangunan Negara
- membuka tanah- tanah Lembaga Persekutuan Tanah Melayu (LKTP) untuk membangunkan masyarakat Melayu
- Dasar Ekonomi Baru untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum


Isi 3
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Huraian:
- Bapa Pemodenan Negara
- pelbagai dasar kerajaan dilaksanakan – Dasar Pandang ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian, dan sebagainya
- memindahkan ibu negara Malaysia di Kuala Lumpur ke Putrajaya
- memperkenalkan Koridor Raya Multimedia


Isi 4
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Huraian:
- menggalakkan penciptaan rekod baru di persada dunia
- meneruskan kecemerlangan negara yang telah diasaskan oleh Tun Mahathir
- menyelesaikan masalah dalaman negara – mangsa ombak tsunami, pekerja asing, dan wabak SARS
- merapatkan hubungan diplomatik dengan negara luar – Australia dan Indonesia supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia


Penutup
- Kita beruntung mendapat Perdana Menteri yang berkaliber – semua rakyat Malaysia perlu menjaga keamanan negara supaya terus maju setanding dengan negara maju lain di dunia.

Senarai Judul KOMSAS Baharu Tingkatan 1 - 3

 TINGKATAN 1 NOVEL:
BIL
NOVELZON
1
HikmahZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
2
Sukar Membawa TuahZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
3
Bukan DuniakuZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
4
 Istana MenantiZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
 T1 ANTOLOGI KOMSAS – Kasut Kelopak Jantung
Puisi Tradisionala. Pantun Dua Kerat (Nasihat)
b. Pantun Empat Kerat (Agama)
c. Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
d. Pantun Empat Kerat (Teka-teki)
e. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
f. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
Sajaka. Kian Kita Lupa – Zulfazlan Jumrah
b. Lebah dan Madu – Siti Zaleha M. Hashim
c. Hari Akhir Persekolaha – Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib
d. Jangan – Sulastri Abadi
e. Diari Lama – SMahadzir
f. Asap – Maya Iza Azizan
Prosa Tradisionala. Tajul Muluk
b. Hikayat Marakarma
c. Budi Seorang Bapa Angkat
Cerpena. Kasut Kelopak Jantung – Ghazali Lateh
b. Tempang – Pitteriah Abdullah
c. Tukang Lama – Hasan Ali
d. Yuran – Omar Mamat
e. Trauma Embah – Haryati Abu Nasir
f. Sepucuk Surat Daripada Kawan – Kamalkhalid Kamarludin
Drama
a. Surat Untuk Ina – Amiruddin Ali
b. Arah ke Mana – Johan Jaaffar
c. Mendung Hitam Beralih Jua – Aripin Said
 TINGKATAN 2   NOVEL:
BILNOVELZON
1Erti Sebuah PengorbananZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
2Wira Pesona AvatariZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
3Lestari Bukit MenghijauZON 3 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
4Di Sebalik WajahZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
 T2 ANTOLOGI KOMSAS – GEMA SEPI GADIS GENIUS
GENREJUDUL
Puisi TradisionalPantun Dua Kerat (nasihat)Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)Pantun Empat Kerat (Agama)Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)Syair Perang Saudara di Pahang
Syair Mendapat Gemala Naga
SajakPersahabatanHari GuruBurung-burung PagiKetenanganSajak Laut
Warkah Kepada Generasi
Prosa TradisionalRaja MudaHikayat Opu Daeng MenambunHikayat InderaputeraHikayat Anggun Cik Tunggal
CerpenAnak Penggunting RambutCapa RengatDendamMaaf KupintaGema Sepi Gadis Genius
Warkah Daripada Ibu
DramaHemodialisisInflakastaDi Sini Bakti Bersemadi
  TINGKATAN 3 NOVEL:
BIL
NOVELZON
1
6:20 Karya Siti Jasmina IbrahimZON 1 : (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan) 
2
Merenang Gelora Karya Ruslan NgahZON 2 : (Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang) 
3
Cempaka Putih Untukmu Karya Rohani DeramanZON 3 : (Johor, Sabah, Sarawak, WP Labuan)
 T3 ANTOLOGI KOMSAS – Harga Sebuah Lukisan
GENREJUDUL
Puisi TradisionalPantuan Berkait (Bekerja)Pantun Empat Kerat (Muafakat)Pantun Nasihat
Syair li-Attar Gaib
Syair Berbuat jasa
Syair Panduan Untuk Para Remaja
SajakFragmen Sebuah KehidupanKata-KataKeusangan Budaya
Pesan Buat Anak-Anak
Merdeka
Rumput
Seorang Insan Istimewa
Prosa TradisionalKuda Janggi GerdanaHikayat MarakaramaHikayat Patani
Hikayat Seri Kelantan
CerpenBudi Semangkuk DagingHarga Sebuah LukisanMencari Nafas Baru
Mutiara Bonda
Segala Yang Tercinta Ada di Sini
DramaCabaranSebuah Perjuangan

Sinopsis Novel Tingkatan 3 : 6:20




Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan. ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut. keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat tetamu di hadapan rumah mereka. tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi. Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki. Sukma akhirnya dapat bercakap dengan tetamu-tematu itu, namun apabila ibu sukma melihat, ibunya akan  marah dan secara tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata. Sukma juga mempunyai beberapa orang rakan karib antaranya Rafiq, Tija, Jerry dan Reny, serta seorang lelaki yang sering bertengkar dengannya iaitu Iskandar. mereka semua adalah rakan sekampus dan sekuliah. sukma mula menyiasat akan kehadiran tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. nenek tua itu pernah memberitahu kepada sukma, bahawa rumah mereka panas dan hanya sukma yang boleh menyejukkannya. kemudian mengetahui bahawa rakan karibnya Jerry terlibat dengan aktiviti ruang sepi di dalam kelab WX2. Bukan setakat Jerry malah musuhnya iaitu Iskandar juga terlibat sama.

Sukma mengesyaki bahawa ruang sepi adalah satu fahaman baru yang akan menyesatkan anak muda seperti mereka. oleh itu Sukma menyiasat aktiviti yang dipanggil suang sepi. hal ini kerana Sukma ingin membantu raknnya Jerry keluar daripada kumpulan itu. Kemudian satu persatu rahsia terbongkar hasil penyiasatan Sukma. akhirnya Sukma dapat bertemu dengan budak lelaki yang sering kali kerumahnya dan juga dapat bertemu nenek tua tersebut. sebenarnya nenek tua itu merupakan nenek kepada  budak lelaki itu atau namanya iaitu Aim. kemudian sukma diberitahu bahawa ibunya terlibat dengan aktiviti ruang sepi itu. perubahan ibunya dapat dilihat oleh Sukma apabila ibunya terlalu percayakan benda-benda karut dan selama itulah mereka berdua kurang berkomunikasi kerana tidak sehaluan. akhirnya dengan bantuan rakan-rakannya termasuk Iskandar yang telah insaf dan ingin berubah dapat menyelesaikan kes ini. Pihak Polis juga turut membantu terutama sekali Kak Ros yang juga rapat dengan Sukma. kesemua ahli-ahli ruang sepi dapat ditangkap termasuk ibunya. namun ibunya terlantar di hospital dan sedang koma disebabkan terkena tembakan dan terjatuh daripada tingkat lima bangunan operasi mereka. akhirnya Sukma merupakan saksi utama dalam kes Kelab WX2 dan ruang sepi.

Sinopsis Novel Tingkatan 3 : Cempaka Putih Untukmu


Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti Satiah,  Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan  karibnya.  Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. 

Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di hospital, tetapi  hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan.  Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya memperoleh keputusan 8A  tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan kesakitan.
 Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar  Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang  mengedarkan pil ecstasy.  Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi permintaan Satiah.