Novel Wira Persona Avatari karya Ahamad Zaki Abu Bakar mengisahkan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali dan Zuriani mewakili Malaysia dalam pertandingan permainan avatari komputer. Dalam pusingan pertama mereka telah berjaya memperoleh pasu emas. Dalam pusingan kedua pasukan mereka, Zamrud II telah menghadapi beberapa masalah apabila satu cip elektronikmikro dalam mesin pasukan mereka telah hilang. Namun begitu, masalah tersebut telah dapat diatasi dan seterusnya mereka telah berjaya melangkah ke pusingan ketiga. Dalam pusingan ketiga Pasukan Zamrud II telah diputuskan seri dengan pasukan dari Thailand dan pasukan dari China. Walau bagaimanapun, Malaysia akhir nya melangkah ke pusingan akhir setelah memenangi pusingan pemecah seri.
Sementara itu, Anjali yang cuba menggagalkan perjuangan mereka telah ditangkap oleh Pak Cik Tan, lebih menarik lagi berita tentang pasukan ayah Aina yang telah ditemui selamat setelah hilang di laut Andaman begitu mengembirakan Aina yang sedang dirawat di hospital.
sinopsis amat membantu saya tetapi adakah kami boleh tulis sinopsis in dalam bahagian d
BalasPadamSinopsis ini sangat bernas dan sangat membantu saya dalam peperiksaan yang akan datang ini... Terima kasih!!!!!!!!!!
BalasPadamdaebakkkk....
BalasPadam